Wednesday, 25 March 2015

Persekutuan Tanah Melayu

PENGENALAN

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.

Perjanjian Persekutuan

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Uniondan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.

Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadinegeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.

Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957.[3] Merujuk kepada Akta Malaysia1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagaiSabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.


Ahli Persekutuan


  1. ü  Perlis
  2. ü  Kedah
  3. ü  Pulau Pinang
  4. ü  Perak
  5. ü  Selangor
  6. ü  Negeri Sembilan
  7. ü  Melaka
  8. ü  Johor
  9. ü  Pahang
  10. ü  Terengganu
  11. ü  Kelantan


Sistem Kerajaan

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu.


  •       Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
  •       Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden 

Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.


  •       Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan




Syarat Kerakyatan
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;

  •  Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
  •   Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus.
  • Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
  •   Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
  •   Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.

Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;

  •   Dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
  •  Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.

Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik.
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.



Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada  :

  •  Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
  •  3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara
  •   11 orang ahli rasmi
  •  34 orang ahli tidak rasmi.

Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British. Dalam tahun 1948 terdapat :

  1.  28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar
  2.  14 orang wakil Cina
  3.   6 orang wakil India
  4.   14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi
  5.   Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap
  6.   Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu
  7.   Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina
  8.   S.B. Palma wakil orang-orang India
  9.   Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
  10.   Presiden Sir Edward Gent.

Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu :

  •   'Standing Committee On Finance'
  •   Jawatankuasa Pemilihan
  •   Jawatankuasa Keistimewaan.


Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-Undang Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Pendaftaran PKMM ditolak
Pada tahun 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya, PKMM tidak cenderung kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini telah dipengaruhi oleh komunisKesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr. Burhanuddin Helmi telah menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed telah menjadi presiden PKMM yang ketiga dan PKMM beralih  daripada konsep komunisme kepada nasionalistik. PKMM adalah anti-UMNO dan anti penjajah. PKKM juga telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya ditulis sebagai PUTERA, iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan mengenai Perjanjian Persekutuan 1948 bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM telah menuduh pegawai-pegawai yang dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', yang menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM, tiada unsur untuk "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik.


Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1957

Kabinet Malaysia 1957 atau lebih tepat sebagai Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Ogos 1957. Satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur menjelang Tanah Melayu mengumumkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kabinet baru ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk disahkan. Semua nama ditukar kecuali 3 nama iaitu Kol. Sir Henry Han Shik Lee(Menteri Kewangan), Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian) dan Encik Sardon Jubir (Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom).

Portfolio
Menteri
Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan)
Wakil ke 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Duta Besar Malaysia ke Washington DC

Satu pengisytiharan dibuat bahawa sekiranya Tunku Abdul Rahman bersara/ berhenti dari politikDato Abdul Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO akan menjadi pengganti serta-merta.

Semua menteri di atas merupakan pemimpin Perikatan UMNO-MCA dan MIC yang memenangi Pilihan raya umum 1955 kecuali Kolonel H.S Lee . Kolonel H.S Lee dulantik sebagai Menteri Kewangan. Selepas Pilihan raya umum 1959, jemaah menteri dipilih dari kalangan mereka yang memenangi pilihan raya sahaja.


Mesyuarat Menteri Kabinet pertama
Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk pimpinan kerajaan.
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuanmengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
  

Sejarah


Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reidyang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.


Pindaan


ü  Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Susun atur


Perlembagaan ini dibahagikan kepada 16 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.
  Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  Bahagian 4 - Persekutuan
  Bahagian 5 - Negeri-negeri
  Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  Bahagian 8 - Pilihanraya
  Bahagian 9 – Kehakiman
  Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
  Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

JADUAL

  •   Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
  •   Jadual Kedua [Perkara 39]
o    Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
o    Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
o    Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan

  •   Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  •  Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

  •   Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
  •  Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
  • Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
  •   Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
o    Bahagian I - Peruntukan Tetap
o    Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I

  •   Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
  •   Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
o    Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
o    Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
o    Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
o    Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
o    Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak

  •  Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
  •   Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
  •   Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
  •  Catatan - Teks asal Perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.

Perkara

 

Perkara 10

Perkara 10 menyatakan mengenai hak warganegara Malaysia dalam bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Perkara 11

Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

 

Perkara 48

ü  Perkara 48 menyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen. Yang paling popular adalah pada klausa 1(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;

 Perkara 107

ü  Perkara 107 menyatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
ü  Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Perkara 152

ü  Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
ü  Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Perkara 153

ü  Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
Perkara 159
ü  Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli parlimen) membuat pindaan perlembagaan.

Perkara 160

ü  Perkara 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

Pindaan perlembagaan

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:

  1. Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
  2.   Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
  3.   Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
  4.   Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
  5.   Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
  6.   Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
  7.   Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  8.   Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

 

DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

 

 

Tidak wujud pun Sang Saka Malaya melainkan bendera itu dicadangkan oleh golongan berhaluan kiri sebelum merdeka. Doktrin 'Tukar Bendera'