PENGENALAN
Persekutuan Tanah
Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada
31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British
Pulau Pinang dan Melaka.
Perjanjian Persekutuan
Perjanjian Persekutuan
telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946.
Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai
Blue Book setebal 100 muka surat.
Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan
diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja
Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini
adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Uniondan
menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali.
Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Antara 1946 - 1948, 11
negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union.
Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan
Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang
mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan
secara rasmi pada 21 Januari 1948.
Dalam Perjanjian
Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadinegeri naungan British,
Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union,
persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai
sebahagian dari Malaya.
Persekutuan Tanah
Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31
Ogos 1957.[3] Merujuk kepada Akta Malaysia1963, Singapura, Sarawak dan Borneo
Utara (yang dinamakan semula sebagaiSabah) disekutukan dengan negeri-negeri
lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan
Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah
republik sendiri pada 9 Ogos 1965.
Ahli Persekutuan
- ü Perlis
- ü Kedah
- ü Pulau Pinang
- ü Perak
- ü Selangor
- ü Negeri Sembilan
- ü Melaka
- ü Johor
- ü Pahang
- ü Terengganu
- ü Kelantan
Sistem Kerajaan
Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai
kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah
Melayu.
- Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
- Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden
Majlis, 14 orang ahli
rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat,
golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis
Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat
menjadi ahli tidak rasmi.
- Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan
Syarat Kerakyatan
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini
diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara
memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis
boleh menjadi warganegara;
- Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
- Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus.
- Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
- Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
- Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon)
pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;
- Dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
- Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon
mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya
hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau
bahasa Inggeris dengan baik.
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan
kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja
Melayu di negeri masing-masing.
Pembahagian kuasa
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri
masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula
masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1
Februari 1948.
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah
Melayu
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama
di Dewan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah
Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub
dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada
:
- Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
- 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara
- 11 orang ahli rasmi
- 34 orang ahli tidak rasmi.
Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio
mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British. Dalam tahun 1948 terdapat :
- 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar
- 14 orang wakil Cina
- 6 orang wakil India
- 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi
- Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap
- Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu
- Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina
- S.B. Palma wakil orang-orang India
- Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
- Presiden Sir Edward Gent.
Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak
ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah
Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan
taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan Perundangan
Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah dibentuk
iaitu :
- 'Standing Committee On Finance'
- Jawatankuasa Pemilihan
- Jawatankuasa Keistimewaan.
Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran
Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-Undang
Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru
telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan tersebut.
Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan
Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai
kemerdekaan.
Pendaftaran PKMM ditolak
Pada tahun 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak
pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang
sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya, PKMM tidak cenderung kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang
pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini telah dipengaruhi oleh komunis. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr. Burhanuddin Helmi telah menjadi presiden PKMM yang kedua.
Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed telah
menjadi presiden PKMM yang ketiga dan PKMM beralih daripada
konsep komunisme kepada nasionalistik. PKMM adalah anti-UMNO dan anti penjajah. PKKM juga telah
menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya ditulis sebagai PUTERA, iaitu gabungan parti-parti politik radikal
Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan mengenai Perjanjian
Persekutuan 1948 bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM telah menuduh
pegawai-pegawai yang dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka',
yang menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM, tiada unsur untuk
"menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik.
Kabinet Persekutuan
Tanah Melayu 1957
Kabinet Malaysia 1957 atau lebih tepat
sebagai Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri , Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj pada 28 Ogos 1957.
Satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur
menjelang Tanah Melayu mengumumkan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Kabinet baru ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk
disahkan. Semua nama ditukar kecuali 3 nama iaitu Kol. Sir Henry Han
Shik Lee(Menteri Kewangan), Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri
Pertanian) dan Encik Sardon Jubir (Menteri
Kerja Raya, Pos dan Telekom).
Portfolio
|
Menteri
|
Menteri
Mutlak (Tidak Berjawatan)
Wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Duta Besar Malaysia ke Washington DC |
|
Satu pengisytiharan dibuat bahawa
sekiranya Tunku Abdul Rahman bersara/
berhenti dari politik, Dato Abdul Razak yang
juga Timbalan Presiden UMNO akan
menjadi pengganti serta-merta.
Semua menteri di atas merupakan pemimpin Perikatan UMNO-MCA dan MIC yang memenangi Pilihan raya umum 1955 kecuali Kolonel H.S Lee . Kolonel H.S Lee dulantik sebagai Menteri Kewangan. Selepas Pilihan raya umum 1959, jemaah menteri dipilih dari kalangan mereka yang memenangi pilihan raya sahaja.
Mesyuarat Menteri Kabinet pertama
Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas
merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu
telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh
Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk
pimpinan kerajaan.
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuanmengandungi
183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957.
Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat
daripada Suruhanjaya Reidyang telah melakukan
kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang
telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri
oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat
wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri
lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Pindaan
ü
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga
(2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua
dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar
perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah
dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti
mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan
sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa
"semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
Susun
atur
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 16 bahagian dan 13
jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang
persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan
negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 – Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif
dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah
dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan
sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang
di-Pertuan Agung dan raja-raja
JADUAL
- Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
- Jadual Kedua [Perkara 39]
o
Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui
Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
o
Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui
Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
o
Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung
dengan Kewarganegaraan
- Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
- Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
- Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
- Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
- Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
- Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
o
Bahagian I - Peruntukan Tetap
o
Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi
Peruntukan dalam Bahagian I
- Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
- Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
o
Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
o
Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
o
Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
o
Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan
Sarawak
o
Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan
kepada Negeri Sabah dan Sarawak
- Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
- Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
- Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
- Catatan - Teks asal Perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.
Perkara
Perkara 10
Perkara 10 menyatakan mengenai hak warganegara Malaysia
dalam bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Perkara 11
Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama
Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan
Perkara
48
ü
Perkara 48 menyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan
sebagai ahli parlimen. Yang paling popular adalah pada klausa 1(e) dia telah
disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau,
sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau
Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang
daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia
tidak mendapat pengampunan bebas;
Perkara 107
ü
Perkara 107 menyatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan
laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan
laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
ü
Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan
dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi
mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh
undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di
hadapan Dewan Undangan.
Perkara
152
ü
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa
bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun,
perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain,
kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan
Rasmi di sini bermakna
apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa
tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan
dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam
bahasa Melayu.
ü
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam
Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
Perkara
153
ü
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga
hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara
terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan
kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan
awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian
daripada kontrak sosial.
Perkara 159
ü
Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak
bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci
memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli parlimen) membuat pindaan
perlembagaan.
Perkara
160
ü
Perkara 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang
digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi
seorang Melayu pada klausa 2.
Pindaan perlembagaan
Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan
boleh dipinda melalui empat cara iaitu:
- Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
- Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
- Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
- Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
- Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
- Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
- Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
No comments:
Post a Comment